Cari @ Amanz

Bagi mereka yang duduk di rumah yang kecil, ataupun bekerja di pejabat yang tidak mempunyai ruang yang begitu banyak, pilihan untuk membeli komputer biasanya terhad kepada laptop ataupun komputer all-in-one yang memuatkan kesemua komponen-komponen utama didalam sebuah unit yang padat.

Bagi mereka yang lebih gemar bekerja menggunakan paparan skrin besar, Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa komputer all-in-one terbaru mereka, iaitu Acer Aspire S 24 yang diumumkan di acara IFA pada tahun lepas kini telahpun memasuki pasaran tempatan,

Acer Aspire S 24 ini hadir dengan komponen-komponen terbaru daripada Intel, termasuklah penggunaan CPU Intel Coffee Lake, memori DDR4 sebesar 32GB dan storan cakera keras 1TB yang digabungkan dengan memori Intel Optane yang akan mempercepatkan lagi prestasi sistem komputer tersebut.

Dari segi paparan ia juga hadir dengan skrin bersaiz 23.8 inci pada resolusi Full HD menggunakan panel IPS yang membolehkan pengguna melihat butiran pada paparan tersebut sehingga sudut 178 darjah. Paparan tersebut juga hadir dengan rekaan tanpa bezel, dan ini dapat memaksimakan saiz paparan melalui rekaan yang lebih kecil.

Menurut Acer Malaysia, komputer all-in-one Acer Aspire S 24 ini sudahpun hadir di pasaran tempatan pada harga RM4399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd