Instagram Sekali Lagi Dilaporkan Mungkin Menyertakan Ciri Panggilan Suara Dan Video

Instagram Sekali Lagi Dilaporkan Mungkin Menyertakan Ciri Panggilan Suara Dan Video

Diterbitkan pada Mac 2, 2018 oleh .

Sekitar sebulan yang lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Instagram bakal menyertakan ciri panggilan video. Kini, laporan baru hadir hasil pemerhatian pada perubahan pada kod aplikasi – sekaligus memperlihatkan petanda awal integrasi ciri panggilan video.

Selain hanya panggilan video, kod kali ini turut memperlihatkan Instagram akan menyertakan sokongan panggilan suara sahaja.

Ciri ini dilihat akan diintegrasikan pada bahagian permesejan Instagram Direct – sekaligus membuatkan anda perlu mengikuti seseorang sebelum dapat menerima panggilan mereka.

Pihak Instagram masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan ciri ini buat masa ini. Dengan ciri baru ini, ia dijangka akan membolehkan anda terus kekal berhubung bersama rakan-rakan lain di Instagram tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan – sekaligus meningkatkan lagi masa penggunaan perkhidmatan perkongsian gambar dan video berkenaan.


TIPS & ULASAN