Carian
Peranti Nubia Akan Menggunakan Android Asli Untuk Pasaran Global
March 2, 2018 Effi Saharudin

Di zaman awal Android, setiap pengeluar masing-masing menggunakan pelancar mereka sendiri untuk menarik minat pengguna. HTC dengan Sense antara yang paling popular dan begitu juga Samsung TouchWiz. Selain antaramuka tersendiri, pengeluar juga menyertakan fungsi tambahan yang tidak diberikan oleh Android Asli.

Menurut laporan laman TechValue yang menemuramah wakil Nubia di MWC, peranti keluaran mereka untuk pasaran global akan hanya menggunakan Android Asli. Sebelum ini peranti mereka menggunakan pelancar Nubia UI. Penggunaan Nubia UI walaubagaimanapun akan diteruskan untuk peranti keluaran China. Kesemua peranti juga akan menyokong Project Treble bagi mempercepatkan proses kemaskini.

Sumber TechValue menerusi GSMArena

Komen