Skype Untuk Android Kini Lebih Dioptimasikan Untuk Peranti Generasi Lama

Skype Untuk Android Kini Lebih Dioptimasikan Untuk Peranti Generasi Lama

Diterbitkan pada Mac 3, 2018 oleh .

Microsoft hari ini telah mengumumkan yang mana Skype kini lebih dioptimasikan untuk telefon pintar generasi lama – atau lebih spesifiknya yang menggunakan sistem operasi Android 4.0.3 hingga Android 5.1.

Skype Android

Microsoft mengatakan melalui pengoptimasian ini, Skype kini membawa saiz yang lebih kecil, dan menggunakan memori lebih rendah. Ini sekaligus membolehkan ia dijalankan pada telefon pintar dengan spesifikasi rendah – selain telefon generasi lama.

Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula minggu akan datang – dan bagi anda yang menggunakan Skype pada Android, mungkin akan dapat melihat perubahan ini pada kemaskini akan datang.


TIPS & ULASAN