Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan perkongsian teks, gambar, video, senarai dan sebagainya untuk dikongsikan sebagai kemaskini status di Newsfeed. Kini, gergasi laman sosial berkenaan turut menguji perkongsian dalam bentuk audio dinamakan sebagai “Voice Clips”.

Kemaskini ini hanya diuji dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini. Facebook mengatakan melalui kaedah baru ini, ia menawarkan medium perkongsian baru untuk menerangkan apa yang sedang difikirkan oleh pengguna pada sesuatu masa.

Dengan perkongsian audio ini, ia sekaligus akan membolehkan Facebook menambah kandungan berbentuk audio – sekaligus turut mencabang perkhidmatan ke arena podcast yang semakin popular. Untuk pengguna pula, mereka boleh berkongsi kandungan menarik tanpa perlu mereka berada disesuatu lokasi – seperti yang kebiasaannya diperlukan untuk kandungan video.

Sekiranya ujian Facebook ini menerima maklumbalas positif, tidak mustahil kita melihat ciri perkongsian audio ini diperkenalkan meluas kepada semua dalam bulan-bulan akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd