Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk Google memperkenalkan versi pembangunan sistem operasi Android mereka beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi – sekaligus membolehkan pembangun aplikasi bersedia dengan pengoptimasian untuknya.

Kini, melalui info awal yang dikongsikan @evleaks, ia dikatakan Google mungkin memperkenalkan Android P Developer Preview pada pertengahan bulan Mac 2018 ini.

Android

Pihak Google masih belum berkongsi apakah ciri-ciri yang dijangka disertakan. Tetapi mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Google akan mengoptimasikan sistem operasi Android untuk menyokong skrin takuk, selain menyertakan ciri menghalang panggilan telefon berbentuk pemasaran, integrasi Google Assistant lebih menyeluruh, dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Android P Developer Preview ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd