Perkhidmatan Penstriman F1 TV Membolehkan Penonton Mengikuti Perlumbaan Dari Kokpit 20 Pemandu

Perkhidmatan Penstriman F1 TV Membolehkan Penonton Mengikuti Perlumbaan Dari Kokpit 20 Pemandu

Diterbitkan pada Mac 4, 2018 oleh .

Musim baru Formula 1 akan bermula 25 Mac hadapan di Australia. Tahun ini peminat F1 di Malaysia mungkin terasa sedikit pilu kerana Litar Sepang tidak. Mereka hanya perlu berpuas hati menonton siri perlumbaan paling berprestij FIA ini dari kaca TV. Tetapi tahun ini bagi sebilangan peminat, mereka dapat mengikuti perlumbaan secara langsung dari kokpit 20 orang pemandu menerusi perkhidmatan penstriman F1 TV.

F1 TV ialah perkhidmatan penstriman yang menawarkan siaran langsung F1, FIA Formula 2 Championship, GP3 Series dan Porsche Supercup. Fungsi paling menarik yang ditawarkan ialah penonton boleh mengikuti perlawanan dari kokpit kesemua 20 orang pemandu. Mereka turut boleh memilih dua pemandu dan melihat dari pandangan kokpit mereka secara split screen.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada 25 Mac, pada hari pertama musim terbaru Formula 1. Berita buruk bagi peminat di Malaysia ialah F1 TV tidak ditawarkan di negara kita buat masa ini. Ia akan hanya ditawarkan di Jerman, Perancis, USA, Mexico, Belgium, Austria, Hungary dan Amerika Latin. Sedikit aneh ialah ia hanya boleh diakses menggunakan pelayar web buat masa ini. Terdapat perancangan menghasilkan aplikasi peranti pintar dalam masa terdekat.

Selain siaran langsung perlumbaan pelanggan F1 TV boleh sesi kelayakan dan kandungan arkib Formula 1. Bayaran bulanan ialah di antara $8-12 bergantung kepada negara.


TIPS & ULASAN