Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Air 13-inci Pada Harga Sedikit Rendah

Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Air 13-inci Pada Harga Sedikit Rendah

Diterbitkan pada Mac 4, 2018 oleh .

Apple sedia terkenal dengan penawaran produk premium mereka. Tetapi dengan lebih 1 bilion peranti aktif digunakan pengguna seluruh dunia – semestinya Apple perlu melihat kepada pasaran seterusnya yang lebih memfokuskan kepada penawaran harga yang sedikit rendah dan lebih mampu-milik.

Selari dengannya, kini laporan baru hadir daripada analisa KGI Securities, mengatakan Apple sedang dalam persiapan untuk hadir dengan komputer riba MacBook Air besiaz 13-inci yang lebih mampu-milik.

Apple dikatakan mungkin memperkenalkan MacBook Air ini pada suku kedua 2018 ini. Pada hari ini, MacBook Air baru ditawarkan pada harga bermula RM4199.

Info lanjut mengenai penawaran ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini – tetapi kita boleh menyasarkan spesifikasi sedikit rendah berbanding apa yang ditawarkan melalui MacBook Air 13-inci pada hari ini.

Sekiranya laporan penganalisa ini benar dan tepat, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran baru daripada Apple ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN