Cari @ Amanz

Di stesen TV, skrin hijau digunakan bagi mengubah latar belakang pembaca berita terutamanya di dalam segmen ramalan kaji cuaca. Peralatan khas kemudian mengubah latar belakang hijau kepada video berasingan secara langsung yang dikehendaki penerbit. Bagi pengguna YouTube, sistem ini akhirnya diperkenalkan dan menggunakan sistem rangkaian neural.

Fungsi Video Segmentation ini masih di dalam ujian Beta. Hanya sebilangan pengguna YouTube akan dapat menggunakannya di dalam fungsi Stories. Pihak YouTube melatih rangkaian neural untuk mengenalpasti subjek dan latar belakang. Latar belakang kemudian dapat dikenalpasti, diasingkan sebelum akhirnya diubah dengan latar belakang berbeza.

Walaupun dibangunkan oleh Google, dalam ujian yang mereka lakukan Pixel 2 dapat menggunakan sistem ini dan merakam video pada tetapan 40+ FPS. Pada iPhone 7 ia meningkat ke 100 FPS+ Apabila diaktifkan di masa hadapan kepada semua pengguna, seorang YouTuber boleh melakukan pertukaran latar belakang secara langsung tanpa peralatan khas atau membeli skrin hijau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd