Cari @ Amanz

Ramai yang menggaru kepala apabila tidak ada peranti Samsung di dalam senarai Android Enterprise Recommended yang dikeluarkan oleh Google. Adakah ini bermakna tidak ada peranti Samsung sesuai digunakan oleh pengguna perusahaan? Ini tidak benar, sebaliknya Samsung mempunyai program pengguna perusahaan mereka sendiri dengan penawaran Enterprise Edition.

Di Jerman Samsung Galaxy S9 Enterprise Edition dan Galaxy A8 Enterprise Edition telah dilancarkan. Samsung Knox Configure membolehkan pentadbir IT di syarikat untuk melakukan konfigurasi peranti dan mengawal kesemuanya dari jarak jauh.

Samsung Galaxy S9 Enterprise Edition akan menerima kemaskini bulanan selama tiga tahun dengan kemaskini setiap tiga bulan pada tahun ke-empat. Galaxy A8 Enterprise Edition pula menerima kemaskini bulanan selama tiga tahun. Harga jualan ialah €849 (~RM 4110) untuk Galaxy S9 Enterprise Edition dan €499 (~RM 2415) untuk The Galaxy A8 Enterprise Edition.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd