Adakah Honor 9 Lite Akan Berharga Kurang RM900 Di Malaysia?

Adakah Honor 9 Lite Akan Berharga Kurang RM900 Di Malaysia?

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

Kemaskini : Gambar baru hadir memperlihatkan harga peranti sekitar RM899. Teka-teki ini dijangka terjawab sepenuhnya esok, 6 Mac 2018.

Honor 9 Lite


Honor Malaysia akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor 9 Lite secara rasminya pada 6 Mac 2018 ini. Ia akan dilancarkan bersama rakan kerjasama Shopee, dan ditawarkan melalui platform berkenaan.

Pihak Honor mahupun Shopee masih belum berkongsi harga jualan rasminya sehingga kini. Namun, menariknya, melalui gambar poster tertiris yang ditemui oleh WTN, ia dilihat Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga sekitar RM749 di Malaysia.

Honor 9 Lite

Bagi yang tidak mengenali akan Honor 9 Lite, ia menawarkan catur-kamera bersama dengannya, iaitu dua kamera hadapan dan dua kamera belakang, selain turut hadir dengan cip Kirin 659 seumpama pada Honor 7X dan Nova 2i.

Dari segi spesifikasi, Honor 9 Lite hadir dengan skrin 5.65-inci, memori bermula 3GB RAM, storan bermula 32GB, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Untuk kamera, ia menggunakan gabungan sensor 13MP + 2MP pada bahagian hadapan dan belakang.

Kita mungkin mendengar harga jualan rasminya pada hari Selasa ini, 6 Mac 2018.


TIPS & ULASAN