Cari @ Amanz

Platform jual-beli atas talian Carousell membenarkan para penggunanya untuk menjual barang-barangan terpakai pada harga yang munasabah, dan membolehkan penjual menjual barang yang tidak berapa diperlukan atau digunakan kepada mereka yang mahukannya.

Terkini, sebuah laporan daripada pihak Carousell telahpun dikeluarkan, dan ia menunjukkan bahawa peratusan penjualan barangan terpakai di platform tersebut telah meningkat sebanyak 20 peratus sepanjang perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, berbanding dengan 14 peratus pada waktu yang sama tahun lepas.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa 46 peratus daripada orang dewasa berumur 25-34 tahun mempunyai lebih kurang sembilan barang yang tidak digunakan di rumah mereka, dan 29 peratus daripada mereka dilihat akan menjual barang-barangan tersebut.

Diantara barang yang dilihat popular dijual sewaktu Tahun Baru Cina pada tahun ini, kebanyakannya adalah pakaian dan juga aksesori fesyen yang merangkumi 19 peratus semua jualan di Carousell pada jangka waktu tersebut.

Menariknya, penjualan peralatan automotif dilihat sebagai transaksi yang paling menguntungkan di platform tersebut, dengan purata harga jualan sebanyak RM5000.

Dalam pada itu, Malaysia juga telah disahkan sebagai pasaran jualan barangan terpakai nombor dua di rantau Asia Tenggara di belakang Singapura dengan 20 juta pengguna atas talian buat masa ini, dan ia dijangka bahawa nombor tersebut akan melihat peningkatan peratusan dua digit sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd