Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan periuk nasi pintar dinamakan Mi Induction Heating Pressure Rice Cooker – dan ditawarkan secara terhad di China. Kini, dengan pelbagai kedai fizikal Xiaomi yang mula dibuka di Malaysia, mereka telah mula membawa masuk sejumlah produk baru – termasuk periuk nasi pintar ini.

Periuk nasi pintar ini hadir dibawah ekosistem Xiaomi, dimana pengguna boleh mengawal periuk nasi ini melalui aplikasi khusus.

Xiaomi Periuk Nasi

Xiaomi menyertakan sekitar 2450 kaedah memanaskan dan memasak nasi melalui periuk nasi ini – selain mana pengguna boleh mengawal beberapa perkara termasuk kadar kelembutan nasi yang dimasak, serta mengawalnya dari mana-mana. Sebagai contoh, anda boleh memanaskan nasi ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat, dan boleh menikmatinya di rumah anda.

Di Malaysia, Xiaomi dilihat menawarkan periuk nasi pintar ini pada harga RM349, dan boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd