Cari @ Amanz

Wiko Malaysia hari ini telah menambah satu lagi telefon pintar baru untuk ditawarkan di Malaysia, iaitu Wiko Tommy3.

Wiko Tommy3 hadir dengan skrin bersaiz 5.45-inci dengan nisbah 18:9, sekaligus menjadikannya salah satu telefon pintar dengan nisbah skrin berkenaan yang paling murah setakat ini di Malaysia.

Wiko Tommy3

Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Peranti ini dilihat memfokuskan kepada mereka yang inginkan ciri-ciri asas telefon pintar, dan pada masa yang sama turut mengikuti trend semasa dengan skrin nisbah 18:9.

Sedikit mendukacitakan adalah kerana telefon pintar Wiko Tommy3 untuk pasaran Malaysia adalah bukan versi Android Go, sebaliknya hadir dengan Android Nougat seperti biasa.

Di Malaysia, Wiko Tommy3 hadir pada harga RM329.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd