Xiaomi Redmi Note 4 Dengan 4GB RAM Kini Ditawarkan Pada Harga RM699

Xiaomi Redmi Note 4 Dengan 4GB RAM Kini Ditawarkan Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini hadir dengan promosi terhad untuk telefon pintar Xiaomi Redmi Note 4, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan variasi 4GB RAM dan 64GB storan pada harga RM699.

Xiaomi Redmi Note 4 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 6GB. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Redmi Note 4 turut hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Redmi Note 4 4GB/64GB ini pada harga RM699 hari ini.

Beli : Xiaomi Redmi Note 4 (4GB RAM)


TIPS & ULASAN