Carian
Mi Electric Scooter Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1699
March 5, 2018 Aman

Xiaomi dibawah ekosistem mereka mempunyai pelbagai produk pintar, daripada beg, periuk nasi, sehinggalah kepada kamera dan sebagainya. Kini, Xiaomi Malaysia turut dilihat telah mula membawa masuk Mi Electric Scooter – iaitu sebuah skuter dikuasakan tenaga elektrik untuk memudahkan anda kemana-mana lokasi dengan mudah.

Mi Electric Scooter

Melalui Mi Electric Scooter, ia menawarkan kemudahan digunakan sehingga jarak 30km dengan sekali pengecasan penuh, sistem dwi-brek, dan kemudahan untuk melipatnya untuk dibawa atau disimpan.

Di Malaysia, Mi Electric Scooter boleh didapati melalui Mi Store KLCC dan Queensbay Mall pada harga RM1699.

Mi Electric Scooter

Komen