Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah mencuri perhatian ramai melalui telefon pintar Nova 2i yang membawakan catur-kamera, dan juga rekaan paparan FullView Display. Kini, selain daripada populariti Nova 2i, pihak Huawei turut dijangka memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Huawei Nova 2 Lite.

Huawei Nova 2 Lite hadir dengan skrin 5.99-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 430, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Huawei Nova 2 Lite menggunakan kamera hadapan 8-megapixel, dan kamera belakang 13MP + 2MP. Peranti ini turut hadir bersama-sama bateri berkapasiti 3000mAh.

Huawei dijangka akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar terbaru ini dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd