30% Daripada Web Kini Dilaporkan Menggunakan WordPress

30% Daripada Web Kini Dilaporkan Menggunakan WordPress

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

WordPress merupakan salah satu CMS (Content Management System) yang popular dan digunakan secara meluas di dunia – termasuk pada laman Amanz ini. Terkini, melalui statistik yang dikeluarkan oleh W3Techs, ia dikatakan WordPress kini menjana sekitar 30% daripada laman di arena web.

Angka ini dikumpulkan oleh W3Techs dengan mengimbas sekitar 10 juta laman web terkemuka di Alexa.

Menariknya adalah dimana sekitar 50.2% tidak menggunakan sebarang CMS untuk web mereka. Jikalau dilihat daripada web-web yang hanya menggunakan CMS sahaja, WordPress dilihat menguasakan sekitar 60.2% daripada web berkenaan.

WordPress sebelum ini telah dimulakan pada 2003 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah menerima sokongan ramai – daripada bentuk pemalam dan juga tema. WordPress sendiri telah berevolusi kepada sokongan e-dagang dan sebagainya sejak daripada itu.


TIPS & ULASAN