Cari @ Amanz

Asphalt merupakan salah satu permua yang tidak asing bagi para pengguna peranti mudah-alih hari ini. Ia menawarkan permainan berbentuk lumba kereta, dan versi terakhir yang diperkenalkan adalah Asphalt 8 : Airborne.

Selepas Asphalt 8, pembangunnya turut hadir dengan beberapa variasi permainan lumba kereta, tetapi kini akhirnya mereka turut memperkenalkan sekuel untuknya, iaitu Asphalt 9 : Legends.

Asphalt 9 Legends

Asphalt 9 : Legends telah ditawarkan dalam bentuk ujian beta di beberapa negara, dimana ia menawarkan pilihan daripada lebih 50 buah kenderaan popular, dan 70 litar lumba berasaskan kepada lokasi sebenar di dunia.

Melalui Asphalt 9 : Legends, pemain boleh memilih mod Career atau turut memainkan mod World Series Multiplayer yang menyaksikan anda bersaing dengan sekitar 8 pemain lain dalam bentuk masa-nyata.

Buat masa ini, Gameloft masih belum memberikan sebarang tarikh pelancaran rasminya lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai permua ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd