Cari @ Amanz

Secara purata peranti keluaran Samsung akan menerima kemaskini selama dua tahun. Ini adalah dalam bentuk kemaskini versi sistem operasi Android atau keselamatan yang diberikan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Laman sekuriti Samsung telah mengeluarkan senarai baru peranti yang akan terus menerima kemaskini dari mereka.

Tiga peranti iaitu yang tidak akan lagi disokong ialah Samsung Galaxy A3 (2016), Galaxy J3 (2016) dan Galaxy J1 (2016). Ketiga-tiga telahpun melepasi hayat dua tahun sokongan. Pada waktu yang sama Samsung Galaxy A8 telah memasuki senarai sokongan sekuriti bulanan. Aneh sekali Galaxy A8+ hanya disenaraikan menerima kemaskini setiap tiga bulan bersama dengan Galaxy J2 (2018) dan Galaxy Tab Active 2.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd