Amaran Risiko Kecederaan Kerana Penggunaan Dinding Kaca Di Apple Park Diterima Apple Sembilan Bulan Yang Lalu

Amaran Risiko Kecederaan Kerana Penggunaan Dinding Kaca Di Apple Park Diterima Apple Sembilan Bulan Yang Lalu

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Apple Park ialah kampus futuristik terkini Apple dengan rekaan yang diilhamkan oleh mendiang Steve Jobs dan Sir Jony Ive. Seperti Apple Store Michigan Avenue, bangunan UFO Apple Park mempunyai dinding yang diperbuat daripada kaca. Ini adalah bagi membolehkan cahaya semula jadi menerangi ruang dalaman pejabat.

Hanya beberapa bulan sejak dibuka, terdapat beberapa laporan kakitangan Apple mengalami kecederaan kerana terhantuk dengan dinding yang lutcahaya. Bagi mengelakkan kejadian berulang, nota Post-It diletakkan pada dinding tetapi ia dicabut kerana merosakkan estetik bangunan.

Menurut laporan San Francisco Chronicle, masalah ini telahpun disedari sejak sembilan bulan yang lalu ketika pemeriksaan keselamatan tapak dilakukan. Wakil pegawai bangunan Cupertino dan Jabatan Bomba Santa Clara menyedari risiko kecederaan boleh berlaku sembilan bulan yang lalu. Malahan ketika pemeriksaan dilakukan, seorang pekerja tapak pembinaan telah melanggar dinding kaca.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pelekat empat segi berwarna hitam kini diletakkan pada pintu bagi mengurangkan insiden kakitangan melanggar dinding berulang di masa hadapan.


TIPS & ULASAN