Cari @ Amanz

Android P bakal hadir tidak lama lagi. Versi percubaan pertama akan hadir untuk pengguna Pixel pada pertengahan Mac ini. Banyak informasi tertiris seperti, sokongan takuk terbina dan juga rekaan antaramuka Material Design yang baru. Kini melalui informasi dalam kod Android P, terdapat beberapa barisan kod yang akan membolehkan peranti dengan Android P menjadi tetikus dan juga papan kekunci Bluetooth.

Jika anda lihat pada butiran di atas, Android P mempunyai profil HID Bluetooth. Profil ini mengaktifkan bagi membolehkan peranti Android P digunakan sebagai perkakas Bluetooth untuk peranti lain.

Selain itu, API untuk pembangun mula membangun aplikasi atau Custom ROM Android P tidak lagi disorok dalam kod AOSP. Oleh itu, para pembangun boleh menggunakan profil HID Bluetooth ini untuk menjadikan peranti Android P lebih banyak ciri dan fungsi.

Fungsi ini memang boleh digunakan pada mana-mana peranti Android, tetapi ianya disorok. Ia boleh digunakan jika peranti Android tersebut sudah diroot. Kini sokongan ini akan menjadi ciri dalam Android P. Sokongan ini akan memudahkan peranti Android menjadi lebih mudah dalam melakukan pelbagai tugas.

Seperti Samsung Dex dan Huawei Easy Projection, kedua-dua peranti ini menyokong mod desktop apabila disambungkan kepada monitor. Skrin peranti kemudian boleh digunakan seperti pad sesentuh komputer riba. Ini seakan-akan memberikan petanda bahawa pada Android P, mod desktop mungkin akan hadir sebagai fungsi terbina.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd