Cari @ Amanz

Bulan lalau Google mula memperkenalkan Android Enterprise Recommended iaitu satu program yang mengesyorkan peranti yang sesuai digunakan untuk perusahaan. Kini ketiga-tiga telefon pintar Nokia yang baru Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus dan Nokia 6 2018 tersenarai di dalam Android Enterprise Recommended.

Dengan usaha Nokia yang memberi kemaskini sistem yang pantas, kemaskini tampalan sekuriti yang cepat dan juga pengalaman penggunaan sistem operasi Android Asli (Android One), ia menarik minat ramai pengguna Android untuk memilih Nokia kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd