Dell Memperkenalkan Laptop Inspiron 17 5000 Yang Hadir Dengan APU AMD Ryzen Mobile
AMD

Dell Memperkenalkan Laptop Inspiron 17 5000 Yang Hadir Dengan APU AMD Ryzen Mobile

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

APU AMD Ryzen Mobile kini sudahpun dilancarkan dan nampaknya jumlah jenama pembuat komputer yang bakal hadir di pasaran bakal meningkat.

Dell, pembuat komputer terkemuka dari Amerika nampaknya bakal hadir dengan laptop Ryzen Mobile mereka sendiri melalui laptop Dell Inspiron 17 5000. Dari segi spesifikasi, Inspiron 17 5000 ini hadir dengan pilihan APU AMD Ryzen Mobile 3 2200U dan AMD Ryzen 5 2500U, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan cakera keras sebesar 2TB.

Kesemua model laptop Inspiron 17 5000 ini juga mempunyai paparan bersaiz 17 inci pada resolusi Full HD, dan dari segi I/O, ia mempunyai dua port USB 3.1 Type-A, satu port USB 2.0. satu port HDMI 1.4b dan sebuah pembaca kad SD.

Laptop Dell Inspiron 17 5000 ini sudahpun hadir di kedai atas talian Dell USA bermula pada harga $679 (RM2650) untuk model AMD Ryzen 3 2200U sehingga $999 (RM4000) untuk model AMD Ryzen 5 2500U.


TIPS & ULASAN