600 Mesin Melombong Kriptowang Bernilai $2.0 Juta Dicuri Dari Pusat Data Di Iceland – 11 Orang Ditangkap

600 Mesin Melombong Kriptowang Bernilai $2.0 Juta Dicuri Dari Pusat Data Di Iceland – 11 Orang Ditangkap

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Kegilaan melombong kriptowang nampaknya semakin hangat, sehinggakan terdapat pihak-pihak yang sanggup mencuri peralatan melombong kriptowang tersebut untuk mendapatakan untung yang mudah,

Iceland merupakan salah sebuah negara yang cukup popular untuk ramai orang memulakan bisnes melombong kriptowang ini kerana tarif kuasa yang rendah dan cuacanya yang sentiasa sejuk sepanjang tahun yang membolehkan komputer-komputer melombong kriptowang dengan lebih cekap.

Associated Press baru-baru ini melaporkan bahawa pihak berkuasa Iceland baru sahaja menahan 11 orang kerana disyaki terbabit didalam beberapa siri rompakan dimana 600 pelayan melombong Bitcoin telahpun dicuri.

Walaupun suspek telah ditahan, buat masa ini, mesin-mesin melombong tersebut, yang dianggarkan bernilai $2.0 juta (RM8.0 juta) masih belum dijumpai, dan pihak berkuasa Iceland kini sedang memantau penggunaan kuasa dan internet untuk mencari pelayan-pelayan melombong kriptowang yang dicuri tersebut.

Pihak berkuasa tersebut juga meminta syarikat-syarikat pembekal internet, elektrik dan sebagainya untuk memberitahu mereka jika penggunaan elektrik dan bandwidth yang terlalu tinggi dikesan.


TIPS & ULASAN