Cari @ Amanz

Perisian seperti driver grafik dan sebagainya memang biasa hadir dengan kemaskini-kemaskini terbaru untuk memastikan bahawa komputer anda berprestasi tinggi, disamping melindunginya daripada sebarang ancaman siber.

AMD baru-baru ini telah memperkenalkan perisian Radeon Software Adrenaline Experience 18.3 yang bukan sahaja memperbaiki prestasi kad grafik siri AMD Radeon, tetapi juga hadir dengan ciri baru yang diperkenalkan sebagai Project ReSX (Radeon eSports Experience) yang memastikan bahawa permainan-permainan e-sukan seperti DoTA 2, Overwatch dan PlayerUnknown’s Battlegrounds hadir dengan prestasi yang lebih baik lagi dari sebelum ini.

Menurut ujian yang dilakukan, AMD menjanjikan peningkatan prestasi dari tiga hingga ke 11 peratus melalui permainan-permainan seperti DoTA 2, Overwatch dan PlayerUnknown’s Battlegrounds pada pelbagai resolusi.

Ujian-ujian ini dilihat melalui penggunaan kad grafik AMD Radeon RX 580, tetapi kami pasti bahawa kad-kad grafik yang lain seperti RX 560, RX 480 dan sebagainya juga bakal melihat peningkatan prestasi juga.

  • Info
  • Muat turun perisian Radeon Software Adrenaline Experience 18.3 di sini
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd