Instagram Mungkin Hadir Dengan Mod Potret?

Instagram Mungkin Hadir Dengan Mod Potret?

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Fungsi asal Instagram ialah sebagai laman media sosial untuk memuat naik gambar. Sejak diambil alih oleh Facebook ia telah melalui beberapa perubahan dan kini turut boleh digunakan untuk perniagaan atas talian. Minggu lalu kami melaporkan ura-ura ia mungkin akan menyokong panggilan suara dan video.

Hari ini ikon untuk mod potret pula ditemui apabila APK terkini diselongkar. Ikon dengan nama “portrait_shutter_icon.png” ini boleh diakses apabila menggunakan mod Stories. Ini memberikan petanda mod potret dengan latar belakang bokeh atau ditukar seperti pada iPhone X bakal disokong terus dari aplikasi kamera Instagram.

Dalam perlumbaan menentang Snapchat, Instragram tidak segan “meminjam” fungsi dari aplikasi pesaing. Maka kebarangkalian mod potret yang semakin menjadi standard pada peranti diberikan secara terbina di dalam aplikasi ialah tindakan yang maakul.


TIPS & ULASAN