Cari @ Amanz

Honor 7CHuawei dan Honor agak aktif dalam pengenalan peranti baru akhir-akhir ini – sekaligus menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna. Terkini, Honor dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Honor 7C secara rasminya pada 12 Mac 2018 ini di China.

Honor 7C dilihat akan menawarkan skrin bersaiz 5.99-inci, selain dilengkapi sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Mengikut info tertiris sebelum ini, Honor 7C dilihat akan menawarkan dwi-kamera gabungan 13MP dan 20MP pada bahagian belakang, selain menawarkan kamera selfie 8MP dihadapan. Ia turut dijangka dilengkapi bateri berkapasiti 2900mAh bersama-sama dengannya.

Kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar dengan nisbah skrin 18:9 ini secara rasminya pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd