iPhone 6S Jelas Lebih Pantas Selepas Menukar Bateri

iPhone 6S Jelas Lebih Pantas Selepas Menukar Bateri

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Kemaskini iOS 10.2.1 mengurangkan kelajuan iPhone apabila ia mengesan bateri peranti tidak lagi berfungsi secara optimum. Tindakan ini diambil oleh Apple selepas muncul pelbagai laporan iPhone lama mati secara rawak. Mereka terpaksa meminta maaf kerana memperlahankan peranti tanpa kebenaran.

Mereka akan memberikan pilihan kepada pengguna mematikan sistem ini dengan kemaskini 11.3 kelak dan menawarkan program pertukaran bateri pada harga yang lebih rendah. Tetapi sejauh manakah perbezaan kepantasan iPhone selepas melakukan pertukaran bateri?

Video di atas dihasilkan oleh Bennett Sorbo dan jelas menunjukkan iPhone 6S jauh lebih pantas pasca pertukaran bateri. Perbezaan masa melangkaui seminit untuk melakukan tugasan yang sama. Berapa ramaikah pembaca Amanz yang sudah menukar bateri iPhone?


TIPS & ULASAN