Carian
BenQ Memperkenalkan Tetikus Dan Pad Tetikus ZOWIE Khusus Untuk e-Sukan – ZOWIE EC1-B, EC2-B Dan G-SR-SE
March 7, 2018 Nazrin

Jika anda gemar bermain permainan komputer e-sukan seperti DoTA 2, PlayerUnknown’s Battlergrounds, Counter Strike ataupun Overwatch, ZOWIE, sebuah jenama aksesori permainan komputer dibawah BenQ baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual dua tetikus dan sebuah pad tetikus baru untuk peminat permainan genre tersebut.

Tetikus-tetikus baru ini dinamakan ZOWIE EC1-B, EC2-B, manakala pad tetikus tersebut dinamakan ZOWIE G-SR-SE. Kedua-dia tetikus tersebut hadir dengan rekaan ergonomik untuk pemain yang menggunakan tangan kanan dan menggunakan sensor Avago 3360 yang cukup popular dikalangan pemain-pemain profesional Counter Strike: Global Offensive profesional.

Dari segi butang, kedua-dua tetikus ini hadir dengan empat butang yang boleh diklik dan satu butang penatal. Untuk mengubahsuai kadar kelajuan tetikus ini, ZOWIE juga telah meletakkan sebuah butang USB poll rate dibawah tetikus ini untuk membolehkan pengguna menukarnya tanpa menggunakan perisian.

Satu-satunya perbezaan diantara tetikus EC1-B dan EC2-B ialah tetikus pertama mempunyai saiz yang lebih besar daripada tetikus yang kedua yang dibina untuk mereka yang mempunyai tangan-tangan yang lebih kecil.

Pad tetikus ZOWIE G-SR-SE pula mempunyai luas permukaan 480x480mm dan hanya senipis 3.5mm untuk memudahkan pengguna menggunakan tetikus mereka dengan mudah dan cekap.

Kedua-dua tetikus ZOWIE EC1-B dan EC-2B ini dijual pada harga RM419, manakala pad tetikus ZOWIE G-SR-SE pula dijual pada harga RM189 di kedai-kedai pengedar BenQ dan juga di kedai atas talian Lazada Malaysia.

Komen