Kini Anda Boleh Melawat Taman Disney Terus Melalui Google Maps

Kini Anda Boleh Melawat Taman Disney Terus Melalui Google Maps

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Google melalui Street View sedia menambah sejumlah lokasi menarik untuk pengguna melawat dan melihatnya terlebih dahulu – sebelum benar-benar ke sana. Kini, terus menambah kandungan pada Street View, Google turut telah menambah sejumlah 11 taman Disney ke Google Maps Street View.

Disney Street View

Melalui penambahan taman Disney ini, pengguna boleh melawat sejumlah lokasi menarik, termasuk taman Guardians of the Galaxy, rumah Mickey dan Minney, Disney Hollywood Studios, Magic Kingdom, dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh melawatnya melalui Google Maps Street View hari ini pada desktop, telefon pintar atau turut menggunakan peranti realiti-maya anda tersendiri hari ini.


TIPS & ULASAN