Nikon, Sony, Foxconn Dan Lain-Lain Membentuk Kesatuan Untuk Ekosistem Kamera Pintar

Nikon, Sony, Foxconn Dan Lain-Lain Membentuk Kesatuan Untuk Ekosistem Kamera Pintar

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Dalam arena teknologi, terdapat sejumlah kesatuan yang berbeza dalam usaha untuk membangunkan piawaian dan ekosistem dalam memudahkan para pengguna. Terkini, Foxconn, Nikon, Sony, Wistron, dan Scenera mengumumkan kerjasama, dan membentuk sebuah kesatuan baru khusus untuk kamera pintar, dinamakan sebagai NICE (Network of Intelligent Camera Ecosystem).

Melalui kesatuan ini, NICE akan membangunkan piawaian untuk kamera pintar, selain pada masa yang sama membangunkan infrastruktur awam untuk dikongsi sama. Disamping itu, melalui penggunaan piawaian ini juga, ia akan memudahkan pemprosesan imej dan penggunaan kecerdasan buatan untuk mengenal-pasti objek dan sebagainya.

Dengan piawaian ini, ia akan memudahkan lagi para pengeluar kamera untuk memfokuskan pembangunan, serta memudahkan pengguna dalam penggunaan. Disamping itu, pengguna juga turut boleh membangunkan sistem sekuriti dengan menggunakan kamera daripada pengeluar berbeza – asalkan ia menyokong piawaian NICE ini.

Buat masa ini, NICE masih pada peringkat awal pembangunan, dan peranti pertama dengan piawaian ini dijangka hadir ke pasaran sekitar pertengahan pertama 2019 kelak.


TIPS & ULASAN