Xiaomi Melancarkan Versi Terbaru Soket Pintar Mereka

Xiaomi Melancarkan Versi Terbaru Soket Pintar Mereka

Diterbitkan pada Mac 7, 2018 oleh .

Xiaomi banyak menjual aksesori dan gajet pintar untuk dalam dan luar rumah. Antara aksesori pintar mereka ialah soket pintar yang membolehkan pengguna mengawal kuasa soket ini dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Xiaomi telah melancarkan soket pintar versi baru dengan menambahkan 2 port pengecasan USB-A (5V/2.4A). Selain daripada menghidup dan mematikan soket, ia juga mempunyai pengesan haba dan juga sensor infra merah.

Jika pengguna memasang pemanas atau pendingin hawa dengan soket ini, ia boleh mengesan suhu secara automatik. Kedua-dua peralatan elektrik ini kemudian boleh dihidup dan dimatikan berdasarkan baca suhu yang ditetapkan oleh pengguna. Jika banyak peranti atau perkakas disambungkan pula, soket ini akan dimatikan dengan sendiri apabila ia menjadi terlalu panas.

 

Soket ini hanya dijual di Cina dan harga jualan ialah RMB 79 (~RM49). Sementara itu, di Malaysia jika anda ingin dapatkan gajet dan aksesori pintar Xiaomi anda boleh dapatkan terus di kedai-kedai rasmi Xiaomi. Antara gajet baru yang dijual ialah periuk nasi pintar.


TIPS & ULASAN