Instagram Kelak Akan Memudahkan Muat-Turun Semua Gambar Yang Pernah Anda Kongsikan

Instagram Kelak Akan Memudahkan Muat-Turun Semua Gambar Yang Pernah Anda Kongsikan

Diterbitkan pada Mac 7, 2018 oleh .

Instagram DownloadPada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan berasaskan web yang menawarkan kemudahan untuk memuat-turun pelbagai data yang pernah anda kongsikan melalui platform berkenaan. Instagram turut dijangka melakukan perkara yang serupa tidak lama lagi.

Instagram kelak dijangka akan menambah sebuah pilihan baru pada bahagian tetapan, yang akan membolehkan anda memuat-turun semua gambar yang pernah anda kongsikan, informasi akaun anda, dan sebagainya.

Pengguna akan perlu membuat permohonan, dan sebuah fail zip dengan data berkenaan akan dihantar ke alamat emel anda.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan. Ia dijangka hadir sebelum penghujung Mei 2018 ini untuk pengguna Instagram.


TIPS & ULASAN