Microsoft Mengumumkan Kemaskini Perisian Untuk Kerentanan Meltdown Dan Spectre

Microsoft Mengumumkan Kemaskini Perisian Untuk Kerentanan Meltdown Dan Spectre

Diterbitkan pada Mac 7, 2018 oleh .

Masalah kerentanan sekuriti Meltdown dan Spectre merupakan sesuatu yang dipandang cukup berat oleh Microsoft, dan syarikat tersebut telahpun hadir dengan beberapa kemaskini untuk melindungi para pengguna mereka melalui kemaskini mereka sendiri.

Walaupun begitu, kemaskini dari segi BIOS dan microcode masih diperlukan kerana kedua-dua kerentanan ini adalah masalah perkakasan yang tidak boleh diperbetulkan oleh parti ketiga.

Masalah dengan kemaskini BIOS dan microcode ini ialah para pengguna komputer yang tidak faham selok-belok teknikal untuk memasang kemaskini tersebut berkemungkinan besar akan merosakkan lagi komputer tersebut, dan oleh sebab itu, Microsoft sekali lagi hadir dengan perisian yang membolehkan para pengguna sistem operasi tersebut memasang kemaskini microcode ini dengan lebih mudah.

Terkini, Microsoft hadir dengan kemaskini berasaskan perisian yang akan memasang microcode tersebut supaya anda tidak lagi perlu menunggu untuk kemaskini daripada Intel ataupun pembekal komputer anda secara manual.

Buat masa ini, kemaskini perisian ini harus dimuat turun terus melalui laman web Microsoft, dan hanya boleh digunakan pada komputer yang hadir dengan sistem operasi Windows 10 versi 1709 (Fall Creators Update) dan Windows Server versi 1709.

Muat turun perisian kemaskini Meltdown dan Spectre di sini


TIPS & ULASAN