Carian
Video Acah Terkini Huawei P20 Memberikan Petunjuk Rekaan Kamera Belakang Peranti
March 7, 2018 Effi Saharudin

Tinggal dua puluh hari sahaja lagi sebelum Huawei P20 dilancarkan. Beberapa imej peranti ini telah tertiris ke arena web. Setakat ini kita mengetahui peranti akan menggunakan skrin bertakuk dan tri-kamera pada bahagian belakang. Hari ini video acah terkini telah dikongsi oleh Huawei.

Menariknya mengenai video di atas ialah rekaan panel belakang kamera yang mendatar. Ini adalah berbeza dengan konfigurasi kamera menegak yang dapat dilihat pada gambar peranti yang tertiris. Apa pula pendapat pembaca Amanz. Susunan kamera yang mana lebih menarik minat anda?

Komen