Cari @ Amanz

Jepun adalah antara negara yang mempunyai pelbagai teknologi yang menarik dan juga perkhidmatan yang unik dan pelik. Antara perkhidmatan mereka yang unik adalah penghantaran sushi menggunakan robot swapandu. Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi mereka AU memperkenalkan perkhidmatan mengejutkan dari tidur melalui telefon oleh wanita yang berlakon seperti seorang ibu.

Perkhidmatan ini menggunakan satu kumpulan “oka-chan” (ibu-ibu) yang terdiri daripada 10 orang wanita yang berumur di antara 41-64 tahun. Mereka akan memainkan watak sebagai seorang ibu yang mengejutkan seorang anaknya dari tidur. Perkhidmatan ini adalah sebagai satu program percubaan mereka yang hanya ditawarkan selama 5 hari.

Walaupun kasih sayang seorang ibu sebenar tidak terhad, masa perkhidmatan “ibu” ini terhad kepada 06:30 pagi sehingga 08:59 pagi sahaja. Kumpulan “oka-chan” ini tidak juga hanya boleh mengejut 100 orang terpilih sahaja buat masa ini.

Sekiranya anda tidak berminta dikejutkan oleh ibu, Gatebox yang merupakan pembantu maya boleh membangunkan anda dari tidur turut ditawarkan di Jepun. Tetapi Gatebox dijual pada harga Yen 298000 (~RM 12000) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd