Carian
Jeff Bezos Memintas Bill Gates Sebagai Individu Terkaya Di Dunia Tahun 2018
March 7, 2018 Effi Saharudin

Siapakah individu terkaya di dunia. Jawapan yang biasa diberikan ialah Bill Gates yang merupakan pengasas Microsoft. Tahun ini berlaku perubahan dimana beliau telah dipintas oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos. Ini adalah mengikut senarai terkini yang dikeluarkan oleh Forbes untuk tahun 2018.

Harta kekayaan Jeff Bezos tahun lalu ialah $112 bilion diikuti oleh Bill Gates ($90 bilion), Warren Buffett ($84 bilion), Bernard Arnault & keluarga ($72 bilion) dan Mark Zuckerberg ($71 bilion). Tiga nama di dalam senarai ini membina harta duniawi mereka di dalam dunia teknologi. Senarai lengkap 10 individu terkaya di dunia adalah seperti di bawah. Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda mempunyai harta menimbun seperti Jeff Bezos dan rakan-rakan?

  1. Jeff Bezos, Amazon.com, USA – $112 Bilion
  2. Bill Gates, Microsoft, USA – $90 Bilion
  3. Warren Buffett, Berkshire Hathaway, USA – $84 Bilion
  4. Bernard Arnault & keluarga, LVHM, Perancis – $72 Bilion
  5. Mark Zuckerberg, Facebook, USA – $71 Bilion
  6. Amancio Ortega, Zara, Sepanyol – $70 Bilion
  7. Carlos Slim Helu & keluarga, Telecom, Mexico – $67.1 Bilion
  8. Charles Koch, Koch Industries, USA – $60 Bilion
  9. David Koch, Koch Industries, USA – $60 Bilion
  10. Larry Ellison, Oracle, USA – $58.5 Bilion
Komen