Xiaomi Mi MIX 2S Akan Dilancarkan Pada 27 Mac

Xiaomi Mi MIX 2S Akan Dilancarkan Pada 27 Mac

Diterbitkan pada Mac 7, 2018 oleh .

Peranti nirbingkai Xiaomi Mi MIX 2S sudah diketahui kewujudannya sejak penghujung tahun lalu. Xiaomi sendiri telah mengesahkan peranti ini bakal dijana oleh pemproses Snapdragon 845. Hari ini tarikh pelancarannya telah disahkan akan berlaku pada 27 Mac di Shanghai.

 Ini ialah pada hari yang sama dengan pelancaran Huawei P20. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai P20 melainkan pemproses, skrin nirbingkai dan kamera yang kini dikatakan berubah ke bucu atas kanan. Sebelum ini dua model Mi MIX yang telah dilancarkan meletakkan kamera pada bucu bawah kanan peranti. Ini menyukarkan proses menggunakan aplikasi seperti Instagram.


TIPS & ULASAN