Cari @ Amanz

The Sims merupakan salah satu salah satu permainan simulasi popular yang dimainkan ramai seluruh dunia. Kini, pembangun permainan The Sims bukan sekadar menawarkan permainan simulasi berkenaan untuk PC dan konsol sahaja, malah telah turut ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih.

The Sims Mobile

Permua yang dinamakan The Sims Mobile ini telah ditawarkan dalam bentuk soft-launched sejak tahun lepas, dan hari ini ia akhirnya telah dilancarkan secara rasminya untuk semua pengguna.

Melalui permainan The Sims Mobile ini, pemain akan mengawal satu watak tersendiri, dan perlu menguruskan kehidupan watak berkenaan dan memperkembangkan kehidupan watak berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan The Sims Mobile ini secara percuma hari ini. Tetapi, seperti biasa, permainan ini hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd