Cari @ Amanz

Messenger Lite merupakan variasi aplikasi Facebook Messenger yang dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah dan menggunakan sambungan internet yang perlahan. Ia lebih ditujukan kepada negara-negara membangun, dan Facebook terhad akan sejumlah ciri-ciri padanya.

Hari ini, Facebook menambah sebuah lagi ciri popular daripada Messenger ke Messenger Lite, iaitu kebolehan untuk membuat panggilan video menggunakannya.

Seperti biasa, anda boleh memilih rakan-rakan pada Messenger, dan seterusnya memilih untuk membuat panggilan video menggunakan aplikasi Messenger Lite ini.

Dengan lebih 17 bilion panggilan video dilakukan menggunakan Facebook Messenger pada tahun lepas, selain populariti panggilan video yang semakin meningkat, ia sesuatu yang tidak mengejutkan untuk melihat ciri ini diperkenalkan pada Messenger Lite hari ini.

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger Lite, boleh memuat-turun versi terkini aplikasi berkenaan dan menggunakan ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd