Huawei P20, P20 Lite Dan P20 Pro Diperlihatkan Melalui Gambar Tertiris

Huawei P20, P20 Lite Dan P20 Pro Diperlihatkan Melalui Gambar Tertiris

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Huawei bakal memperkenalkan siri peranti Huawei P20 secara rasminya pada penghujung bulan ini. Kini, beberapa minggu sebelumnya, seperti biasa, gambar akhir untuk siri Huawei P20 tertiris ke arena web melalui @evleaks.

Huawei P20, P20 Lite dan P20 Pro dilihat menyertakan skrin bertakuk pada bahagian hadapan, tetapi dengan beberapa perbezaan antara ketiga-tiga peranti ini.

Huawei P20

Huawei P20 hadir dengan skrin bertakuk dihadapan, dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Di belakang, ia hadir dengan dwi-kamera menggunakan penjenamaan Leica.

Huawei P20 Lite

Huawei P20 Lite pula turut hadir dengan sokongan skrin bertakuk dihadapan, tetapi menyertakan pengimbas cap jari dibelakang. Dengan sejumlah peranti berspesifikasi pertengahan Huawei yang menyertakan sokongan dwi-kamera, Huawei P20 Lite turut dilihat tidak ketinggalan.

Huawei P20 Pro

Dan akhir sekali, telefon pintar Huawei P20 Pro dilihat hadir dengan skrin bertakuk dihadapan, serta pengimbas cap jari yang diletakkan di hadapan. Ia turut dilengkapi dengan tiga sensor kamera pada bahagian belakang peranti dengan penjenamaan Leica.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang dibawakan oleh siri Huawei P20 ini dalam minggu-minggu akan datang. Huawei menjadualkan pelancaran rasmi peranti ini pada 27 Mac 2018.


TIPS & ULASAN