iPhone Terkunci Selama 47 Tahun Kerana Dimainkan Anak Di China

iPhone Terkunci Selama 47 Tahun Kerana Dimainkan Anak Di China

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Sistem keselamatan iPhone ialah antara yang terbaik di dunia dengan jumlah kerentanan yang kecil. Apabila ingin dipintas, aplikasi khas yang dibangunkan oleh Cellebrite digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengumpul bukti. Sekiranya kata laluan dimasukkan dengan salah, pengguna perlu menunggu beberapa minit sebelum boleh mencuba sekali lagi.

Semakin banyak kata laluan dimasukkan dengan salah, semakin lama masa menunggu. Sebuah iPhone milik seorang wanita di China telah terkunci selama 25,113,676 minit selepas ia dimainkan oleh anak beliau. Ini bersamaan dengan peranti terkunci selama 47.78 tahun. Kejadian berlaku pada bulan Januari.

Beliau dinasihatkan supaya melakukan tetapan semula peranti untuk mengembalikan akses kepada peranti tetapi memilih untuk menanti kerana tidak melakukan salinan pendua. Pengajaran di sini ialah jangan benarkan anak anda bermain dengan iPhone dan sila lakukan salinan pendua dengan kerap.


TIPS & ULASAN