Rekaan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Oleh Ionity Diperlihatkan

Rekaan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Oleh Ionity Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Perkembangan penggunaan kenderaan elektrik di Eropah berlaku dengan pantas. Norway sudah mempunyai perancangan mengharamkan penjualan kenderaan dengan enjin bahan api fosil seawal 2025. Oleh itu stesen pengecasan elektrik harus dibangunkan secara meluas untuk masa hadapan.

 Ionity ialah rangkaian pengecas kenderaan elektrik yang dibangunkan oleh BMW, Mercedes, Ford dan Volkswagen di Eropah. Kerjasama dilakukan bagi menyeragamkan standard pengecas dan memudahkan pembangunan “stesen minyak” untuk kenderaan elektrik.

Rekaan stesen pengecas kenderaan elektrik Ionity telah diperlihatkan di Geneva Auto Show yang sedang berlangsung. Rekaan “pam pengecas” mirip pam minyak sedia ada. Setiap stesen pengecas mampu mengecas sehingga 10 kenderaan serentak. Ionity merancang membina 400 stesen dengan kapasiti 350 kW di seluruh Eropah menjelang 2020. Mereka turut mensasarkan pembinaan 100 stesen menjelang penghujung 2018.


TIPS & ULASAN