Google Duo merupakan salah satu aplikasi berbentuk panggilan video yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Ia beroperasi menggunakan nombor telefon, dan pengguna turut boleh melihat siapakah yang memanggil sebelum menjawab sesuatu panggilan.
Terkini, Google Duo turut menambah sokongan ciri peti mel suara/video, dimana sekiranya sesuatu panggilan tidak terjawab, anda masih boleh meninggalkan mesej video melaluinya. Penerima pula, akan dapat melihat mesej berkenaan selepas mereka memasuki aplikasi berkenaan.
Mesej video ini dihadkan kepada hanya 30 saat, dan ia akan hilang secara automatik selepas sehari. Penerima boleh memuat-turun sesuatu mesej video berkenaan sekiranya ingin menyimpannya untuk tempoh lebih lama.
Bagi anda yang menggunakan Google Duo, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri permesejan video ini.