Cari @ Amanz

Sekitar 1.6 juta pengguna prabayar pada peranti mudah-alih kini mungkin ditamatkan akaun mereka menjelang Januari kelak, kerana didapati menggunakan maklumat pendaftaran prabayar yang meragukan.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna prabayar sebelum ini telah diminta untuk membuat pendaftaran sejak 2006 yang lepas – dimana pengguna prabayar perlu memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

Namun, terdapat beberapa pengguna yang menggunakan maklumat palsu dan sebagainya untuk pendaftaran prabayar berkenaan. Dengan langkah SKMM yang baru ini, ia dijangka akan mengatasi masalah penggunaan maklumat palsu atau tidak lengkap ini.

Menurut The Star, dengan langkah ini juga, ia dijangka akan mengurangkan kadar mesej berbentuk spam, promosi dan sebagainya yang diterima hari ini oleh para pengguna.

Pengguna yang terlibat akan menerima notifikasi daripada syarikat telekomunikasi berkaitan untuk mengesahkan maklumat mereka, atau talian mereka mungkin ditamatkan.

Langkah ini dilakukan oleh SKMM untuk tujuan sekuriti, dan pada masa yang sama mengurangkan kadar spam dan sebagainya. Malah, dengan melangkah ke arah ekonomi digital masa kini, langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi kadar keselamatan dan kepercayaan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd