Netflix Mengambil Inspirasi “Stories”- Akan Menambah Ciri Pra-Lihat Video Pada Android/iOS

Netflix Mengambil Inspirasi “Stories”- Akan Menambah Ciri Pra-Lihat Video Pada Android/iOS

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Netflix sebelum ini sedia menambah sokongan pra-lihat sesuatu video pada web, sekaligus membolehkan anda melihat apakah yang dibawakan oleh sesuatu siri-TV atau filem dengan mudah sebelum memilih untuk menontonnya.

Kini, membawa konsep sama ke aplikasi mudah-alih, Netflix turut mengumumkan sebuah ciri baru dinamakan Mobile Preview. Melaluinya, Netflix akan menambah sokongan pra-lihat video – dimana paparannya mengambil sedikit inspirasi daripada Snapchat.

Netflix Video Preview

Sejumlah video menarik akan dipaparkan dibawah tab “Preview” dalam bentuk ikon bulat, dan apabila pengguna tap padanya, ia akan membuka paparan video menegak dan membolehkan pengguna pra-lihat sesuatu siri-TV atau filem.

Ciri pra-lihat ini akan memperlihatkan video selama 30 saat, dan pengguna boleh turut menyambung melihat pra-lihat video lain melaluinya.

Sokongan baru ini dijangka hadir ke Netflix sekitar bulan April ini, di Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN