Pelajar Kolej Dan Universiti Kini Boleh Mendapatkan Diskaun 10 Peratus Untuk Pembelian Peranti Microsoft Surface

Pelajar Kolej Dan Universiti Kini Boleh Mendapatkan Diskaun 10 Peratus Untuk Pembelian Peranti Microsoft Surface

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Bagi para pelajar kolej dan universiti, peranti laptop dan tablet boleh dikatakan suatu keperluan untuk menelaah pelajaran di kelas dan juga membuat kerja kursus.

Terkini, Microsoft Malaysia baru sahaja mengumumkan diskaun istimewa untuk para pelajar tersebut melalui laman web Surface Student. Melalui laman web ini, para pelajar boleh mendapatkan satu kupon diskaun 10 peratus untuk pembelian sebuah peranti Microsoft Surface yang baru.

Peranti-peranti yang boleh dibeli dengan diskaun ini termasuklah Microsoft Surface Pro 2017, Microsoft Surface Laptop dan juga Microsoft Surface Book 2 yang akan hadir di pasaran tidak lama lagi.

Para pelajar hanya perlu memasukkan beberapa butiran seperti nama, universiti ataupun kolej yang mereka sedang hadiri, model peranti Surface yang ingin dibeli dan alamat emel daripada institut pembelajaran tinggi mereka.

Laman tersebut juga memberi para pelajar pilihan untuk memilih spesifikasi peranti Surface yang mereka inginkan, dan mereka juga boleh membeli peranti-peranti tersebut di pengedar-pengedar peranti Surface pilihan mereka, termasuklah Harvey Norman, All IT Hypermarket, Thunder Match Technology dan sebagainya.

Menurut laman tersebut lagi, diskaun 10 peratus ini sah dari sekarang sehingga 30 Jun 2018 kelak.


TIPS & ULASAN