Iklan Video Oppo R15 Tertiris Memperlihatkan Skrin Takuk Dan Dwi-Kamera Belakang

Iklan Video Oppo R15 Tertiris Memperlihatkan Skrin Takuk Dan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Oppo masih belum mengumumkan bilakah mereka mereka akan melancarkan Oppo R15 secara rasminya, tetapi sejumlah info mengenai telefon pintar berkenaan sedia tertiris. Terkini, sebuah iklan video tertiris memperlihatkan peranti berkenaan dengan lebih dekat lagi.

Melalui iklan video ini, ia memperlihatkan rekaan skrin nirbingkai dan sebuah takuk bersaiz kecil pada bahagian hadapan. Disamping itu, pihak Oppo turut memfokuskan kepada sokongan kamera melalui iklan video ini.

Mengikut info tertiris sebelum ini, Oppo R15 dijangka hadir dengan skrin 6.28-inci pada resolusi 2280×1080 pixel, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 128GB, kamera belakang 16MP + 5MP, dan kamera hadapan 20-megapixel. Ia turut dijana menggunakan Android 8.1 Oreo serta bateri berkapasiti 3365mAh.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai peranti ini secara rasminya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN