Cari @ Amanz

Asus Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi monitor melengkung terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Asus ROG Swift PG27VQ. Monitor yang ditujukan kepada para peminat permainan video ini memfokuskan kepada kadar segar semula dengan lewahjam sehingga 165Hz.

Asus ROG Swift PG27VQ

Monitor ini hadir dengan skrin 27-inci WQHD (2560×1440 pixel), menawarkan nisbah 16:9 bersama-sama dengannya.

Melengkapkan monitor ini juga adalah sokongan G-SYNC, sekaligus mengurangkan gangguan pada skrin. Asus juga turut menyertakan sokongan Aura Sync Technology – sekaligus membolehkan pengguna menyelarikan pencahayaan pada komponen dan peranti dengan sokongan Aura yang lain.

Asus turut mengatakan yang mana dengan kadar masa respon 1ms, monitor ini sesuai untuk permainan aksi pantas seperti FPS, selain permainan berbentuk perlumbaan.

Di Malaysia, Asus ROG Swift PG27VQ ditawarkan pada harga RM4089, dengan sokongan jaminan ganti satu-ke-satu selama tiga tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd